Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat meninggalkan Phnom Penh, Kemboja
30/04/2024

hm_3004242.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bertolak meninggalkan Phnom Penh, Kemboja setelah selesai mengadakan Kunjungan Muhibah. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Terdahulu sebelum itu, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Sebelum berangkat balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan ucapan selamat berangkat daripada President of the Senate of the Kingdom of Cambodia, Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen; dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perkhidmatan Awam, Kemboja, Tuan Yang Terutama Hun Many; serta Head of General Department of Research and Intelligence, Ministry of National Defence, Leftenan Jeneral Hun Manith. 

Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kemboja,  Tuan Yang Terutama Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​